Nak Bagi Apa Sebagai Hantaran?

Idea-idea hantaran untuk lelaki dan perempuan


Hello semua 👋🏻 Kembali lagi bersama saya, Danial daripada Ulala Photo di blog post ini. Saya harap anda semua sihat di musim PKP 3.0. Untuk topik kita pada kali ini, saya nak share dengan anda idea-idea hantaran untuk lelaki dan perempuan.

Maklumlah first time kahwin, mesti pening dan tak ada idea kan nak bagi apa dekat si dia tu hahaha. Okay tanpa berlengah lagi, jom saya share idea-idea hantaran untuk pasangan tercinta anda ❤️


(Rohaizat & Nadhirah, 9 Januari 2021)


Idea hantaran untuk lelaki 🤵🏻

Okay untuk hantaran kepada lelaki, saya sangat menggalakkan anda untuk memberikan barang-barang yang dia boleh pakai setiap hari. Antara contoh barangan yang saya maksudkan ialah:

  1. Jam tangan

  2. Kasut

  3. Dompet/Tali pinggang

  4. Set minyak wangi/perfume

  5. Al-Quran

  6. Set sepersalinan pakian (Kemeja + Seluar)

  7. Gadjet; Smartphone/iPad/PS5 (Okay yang ini kena tengok bajet haha)


Idea hantaran untuk perempuan 👰🏻

Untuk hantaran kepada perempuan pula, saya galakkan anda untuk cari barang-barang yang membuatkan mereka semakin lawa dan cantik gitu haha (untuk orang yang tersayang kan). Antara contoh barangan yang saya maksudkan ialah:

  1. Barang kemas

  2. Kasut

  3. Set make up/perfume

  4. Sepersalinan pakaian/kain pasang

  5. Gadjet; Smartphone/iPad (yang ini pun anda kena tengok bajet haha)

Untuk barang-barang hantaran ini, anda boleh cari online seperti Shopee, Lazada dan Zalora. Kalau boleh, beli lah waktu sales seperti sales 7.7 nanti. Dapatlah anda berjimat sedikit sewaktu PKP ni.


(Rohaizat & Nadhirah, 9 Januari 2021)

 

Anda Masih Belum Ada Photographer?


Apa??? Anda masih belum ada Photographer? Jangan risau, saya sedia untuk merakamkan segala memori indah anda sepanjang majlis berlangsung.


Jom tempah tarikh anda di Ulala Photo!

44 views0 comments

Related Posts

See All