Harga Wedding Photographer di Malaysia: Berapa Sebenarnya?
Soalan pertama yang semua pasangan akan tertanya-tanya, tetapi jarang ada yang terus memberikan jawapan di website. Jadi kami jawab dulu, sebelum apa-apa.
Untuk satu majlis (nikah sahaja atau sanding sahaja), harga pasaran di Malaysia jatuh dalam julat RM1,500 hingga RM15,000. Kebanyakan pasangan berbelanja antara RM3,000 dan RM6,000 untuk gabungan foto dan video.
Beza lima kali ganda itu bukan sebab ada yang menipu. Ini kerana wedding photographer/videographer sebenarnya menjual empat perkara berbeza pada empat harga berbeza. Artikel ini akan menerangkan apa yang menentukan harga, di mana Ulala berada dan apa yang patut bakal pengantin buat kalau bajet anda lebih rendah daripada anggaran harga kami.
Julat harga photographer perkahwinan di Malaysia
Ini gambaran keseluruhan pasaran Malaysia, bukan harga kami. Kalau anda sedang membandingkan quotation, gunakan ini sebagai penanda aras.
RM1,500 – RM3,000 · permulaan (beginner)
Photographer baru atau separuh masa. Biasanya, beberapa jam coverage, bilangan gambar edited terhad, dan tiada album fizikal. Sesuai untuk majlis kecil atau akad nikah ringkas.
RM3,000 – RM6,000 · pertengahan (intermediate)
Photographer berpengalaman dengan portfolio yang stabil. Coverage lebih panjang, lebih banyak gambar edited, kadang-kadang ada photographer kedua atau album.
RM6,000 – RM15,000 ke atas · (premium)
Studio yang sudah lama, nama besar, dan permintaan tinggi. Liputan penuh berbilang hari, beberapa orang photographer, album berkualiti tinggi, arahan kreatif yang lebih menyeluruh.
Di Kuala Lumpur, anggaran harga ini akan meningkat. Studio yang established dengan photographer kedua, album, dan liputan berbilang majlis biasanya harga antara RM6,000 dan RM9,000. Di luar Lembah Klang, harga yang sama boleh dapat pakej yang lebih besar — sebab kos hidup dan kos perjalanan berbeza.
Enam perkara yang betul-betul menaikkan harga
Bila dua sebut harga beza RM2,000, hampir selalu ia salah satu daripada enam ini. Tanya soalan ini pada setiap vendor yang anda hubungi.
Berapa majlis? Nikah dan sanding adalah dua hari kerja yang berasingan, bukan satu. Pakej "satu majlis" dan "dua majlis" tidak boleh dibandingkan terus.
Berapa jam coverage? Enam jam dan sepuluh jam bukan perkara yang sama. Tanya bila jam mula dikira — masa photographer sampai, atau masa majlis mula?
Berapa orang? Seorang photographer tidak boleh berada di dua tempat serentak. Kalau anda mahu gambar pengantin lelaki bersiap dan pengantin perempuan bersiap pada masa sama, itu dua orang.
Anda dapat apa balik? Fail digital sahaja? Photobook? Berapa muka surat? Berapa gambar suntingan, dan bila sampai? Ini bahagian yang paling kerap tidak dinyatakan dalam sebut harga murah.
Pengalaman dan risiko. Anda bukan bayar untuk hari itu sahaja. Anda bayar untuk seseorang yang pernah hadap dewan gelap, hujan lebat, dan jadual yang lari dua jam — dan masih balik dengan gambar yang cukup.
Kawasan. Kos perjalanan, penginapan, dan masa di jalan raya masuk dalam harga. Vendor yang duduk dekat dengan majlis anda hampir selalu lebih murah untuk kualiti yang sama.
Harga Ulala Photo, penuh
Kami tayang harga sebab anda patut tahu sebelum menghubungi sesiapa. Harga kami adalah harga tetap — kami tidak menaikkan atau menurunkan ikut siapa yang bertanya. Semua harga di bawah ini termasuk perjalanan percuma ke Muar dan Putrajaya.
Foto sahaja
Pakej | Harga | Termasuk |
1 majlis (nikah atau sanding) | RM1,800 – RM2,800 | 1 photographer · 6 jam · photobook 10"×10" 40 muka surat · 1 online meeting · pendrive eksklusif · sesi outdoor |
2 majlis (nikah dan sanding) | RM2,500 – RM3,500 | 1 photographer · 4 + 6 jam · photobook 10"×10" 60 muka surat · 1 online meeting · pendrive eksklusif · sesi outdoor |
Foto dan video
Pakej | Harga | Termasuk |
1 majlis | RM4,000 – RM5,000 | 1 photographer + 1 videographer · 6 jam · photobook 40 muka surat · video highlight 3–5 minit · trailer dalam 1 minggu · pendrive · sesi outdoor |
2 majlis | RM5,000 – RM7,000 | 1 photographer + 1 videographer · 4 + 6 jam · photobook 60 muka surat · video highlight 4–6 minit · trailer dalam 1 minggu · pendrive · sesi outdoor |
Sesi lain
Sesi | Harga | Termasuk |
Pertunangan | RM750 – RM900 | 1 photographer · 4 jam · pendrive · sesi outdoor |
Pre-wedding | RM750 | 1 photographer · 1 jam · sesi outdoor |
Penghantaran
50 hingga 200 gambar edited dalam 7 hari bekerja. Anda tidak tunggu sebulan untuk gambar pertama yang boleh dikongsi.
Semua gambar penuh dijamin dalam 1 bulan bekerja.
Photobook menyusul selepas anda pilih gambar.
Bayaran dan tempahan
Deposit RM300 untuk lock tarikh. Tarikh hanya disahkan selepas deposit dibuat.
90% dibayar sebelum majlis pertama, dan 10% terakhir semasa penghantaran gambar/video edited.
Tiada caj tambahan kalau anda tukar tarikh (tertakluk pada terma).
Kami menerima pembayaran melalui bank transfer dan tunai. Maaf, kad kredit belum tersedia untuk masa ini.
Sesi outdoor sah pada hari yang sama dengan majlis sahaja.
Apa yang TIDAK termasuk
Bahagian ini yang selalu jadi punca rasa tak puas hati dengan mana-mana vendor, jadi kami senaraikan awal.
Perjalanan di luar Muar dan Putrajaya. Kami memang pergi ke seluruh Malaysia — cuma kos perjalanan dikira berasingan, dan kami beritahu jumlahnya sebelum anda bayar deposit.
Jam tambahan melebihi liputan dalam pakej.
Majlis ketiga (contohnya bertandang di kampung lain pada hari berlainan) dikira sebagai majlis tambahan.
Upgrade photobook — muka surat tambahan, saiz lebih besar, atau salinan kedua untuk keluarga.
Semua ini boleh ditambah. Kami cuma tidak masukkan dalam harga asas supaya anda tidak bayar untuk benda yang anda tidak perlu.
Kalau bajet anda bawah RM1,500
Kami tulis bahagian ini walaupun ia bermakna sesetengah orang akan tutup halaman ini dan tidak menghubungi kami. Itu tidak mengapa.
Kalau bajet fotografi anda di bawah RM1,500, pakej kami bukan untuk anda sekarang, dan kami tidak akan cuba meyakinkan anda sebaliknya. Ini yang kami cadangkan sebaliknya:
Kecilkan skop, jangan kecilkan kualiti. Upah photographer yang bagus untuk tiga jam paling penting sahaja — akad nikah, atau majlis sanding — dan biar telefon keluarga uruskan yang selebihnya. Tiga jam gambar yang bagus lebih bernilai daripada lapan jam gambar yang sederhana.
Elak hari puncak. Hujung tahun ialah musim paling sibuk untuk hampir semua vendor di Malaysia, dan tarikh Sabtu paling cepat penuh. Tarikh di luar musim membuka lebih banyak pilihan pada bajet yang sama.
Tanya photographer baru yang sedang bina portfolio. Ramai yang sangat berbakat dan harganya rendah sebab mereka baru bermula, bukan sebab kerja mereka lemah. Minta tengok satu majlis penuh dari awal ke akhir, bukan sepuluh gambar terbaik.
Utamakan foto dahulu. Kalau terpaksa pilih antara foto dan video, kebanyakan pasangan yang kami jumpa lima tahun kemudian lebih kerap pandang gambar.
Bila bajet anda sampai ke julat kami, kami masih di sini.
Soalan lazim
Adakah harga ini boleh dirunding?
Tidak. Harga kami adalah harga tetap, dan itu memang disengajakan — anda tidak perlu risau ada orang lain yang dapat harga lebih baik sebab pandai tawar-menawar. Julat yang ditunjukkan mencerminkan skop pakej, bukan siapa yang bertanya. Kami sahkan satu angka tepat sebelum anda membuat deposit.
Berapa awal patut tempah?
Kami cadangkan sekurang-kurangnya 12 bulan lebih awal. Lebih awal lebih baik, supaya ada masa untuk berbincang dan merancang. Hujung tahun biasanya musim paling sibuk, jadi tarikh dalam tempoh itu penuh paling cepat.
Boleh bayar ansuran?
Ya. Deposit RM300 mengunci tarikh, 90% sebelum majlis pertama, 10% semasa penghantaran. Kalau anda perlukan susunan lain, beritahu kami awal.
Kalau saya kena tukar tarikh?
Tiada caj tambahan untuk tarikh yang ditukar, tertakluk pada terma. Beritahu kami seawal yang boleh.
Kalau saya tempah pakej tunang dan nikah sekali, ada diskaun?
Tiada diskaun. Setiap sesi adalah hari kerja yang berasingan, jadi harganya berasingan.
Kalau hujan atau majlis lewat?
Kami sudah biasa dengan kedua-duanya. Jam liputan dikira dari masa yang dipersetujui, jadi kalau majlis lewat, beritahu kami awal supaya kami boleh laraskan dan bukannya berhenti di tengah jalan.
Kenapa deposit tidak dikembalikan?
Sebab pada saat kami terima deposit anda, kami tolak setiap pertanyaan lain untuk tarikh itu. Tarikh itu jadi milik anda — dan kalau anda perlu ubah tarikh, kami tidak caj tambahan untuk itu.
Anda pergi ke luar Muar dan Putrajaya?
Ya, ke mana sahaja majlis anda berlangsung. Perjalanan percuma untuk dua kawasan itu; untuk kawasan lain kami beri kos perjalanan yang tetap sebelum anda putuskan.
Cara bayaran apa yang diterima?
Kebanyakan klien kami guna pindahan bank dalam talian, dan kami terima tunai juga. Kad kredit belum tersedia buat masa ini.
Langkah seterusnya
Kalau average harga di atas sesuai dengan bajet anda, isi borang di halaman hubungi kami dengan tarikh majlis, tempat, dan majlis mana yang anda nak diliputi. Kami balas dalam masa 24 jam dengan status tarikh itu — masih kosong atau sudah diambil.
Kalau belum sesuai, simpan halaman ini. Harga di sini dikemas kini bila ia berubah.



Comments